Saturday, February 20, 2010

Wednesday, February 10, 2010

Jom!

Taklim
Penceramah:Ust Emran Abu Bakar
Waktu:Setiap Khamis ,9:10PM-11:00PM
Tempat:Admin lt 5,UIA Gombak
Iftor Jamaie
Waktu:Setiap Isnin
Tempat:Sebelah kiri Masjid UIA Gombak
Waktu:6:50pm
Bawa makanan sendiri,minuman disediakan
Speaker Corner
Waktu:Selepas solat Jumaat,10 minit shj
Tempat: di dalam Masjid UIA,bahagian belakang sebelah kiri

Tuesday, February 9, 2010

Jom Solat Dhuha !

Ayyub al-Anshari RA meriwayatkan,

"Rasulullah SAW selalu melaksanakan shalat 4 rakaat ketika matahari tergelincir.Aku bertanya,'Wahai Rasulullah!Engkau selalu melakukan 4 rakaat ini di saat matahari tergelincir.'Baginda menjawab,'Sesungguhnya pintu-pintu langit selalu dibuka pada saat tergelincirnya matahari dan baru ditutup ketika shalat zuhur dilaksanakan.Aku ingin agar ada kebaikanku yang naik ke langit pada waktu tersebut.'Aku kembali bertanya,'Apakah kita membaca al-Quran pada setiap rakaat?'Baginda menjawab,'Ya.'Kutanyakan kembali,'Apakah di antara empat rakaat itu terdapat salam?'Beliau menjawab,'Tidak.'"

Hadis Riwayat Tirmidzi,Abu Dawud,Ibnu Majah,Ahmad,Humaidi & Ibnu Khuzaimah

Baitul Muslim



Assalammualaikum Wa Rahmatullah Wa Barakatuh,

Apa khabar semua?Sihat?InsyaAllah semoga sihat dan sejahtera.Macam kenal wallpaper yang ana post kat atas ni.Jadi entri blog kali ni ada berkait rapat dengan pengisian yang antum terima pada minggu lepas.Kalau tak silap antum dapat tajuk Baitul Muslimkan???Harap ana tak silap.Ana sebenarnya dah pernah dapat tajuk ni pada tahun 2008 tapi tak pernah nak amalkan.Entah bila nak amalkan.Hihihi.Ada beberapa persoalan yang sengaja ana ajukan kepada antum untuk entri kali ini.Sila jawab dengan berhemah,sabar,tenang dan ikhlas dari hati yang suci :).Soalan-soalannya:

1)Adakah diri antum bersedia untuk mengikuti sistem Baitul Muslim?atau nak guna cara selain Baitul Muslim sahaja dalam mencari jodoh,mengapa?

2)Apakah cadangan antum untuk memperbaiki sistem Baitul Muslim?

3)Apakah bantuan yang sepatutnya yang diberikan oleh ikhwah mahupun akhwat yang 'senior' kepada adik-adik yang baru hendak menjalani kehidupan berumah tangga?

Terus Melangkah Maju

Assalammualaikum Wa Rahmatullah Wa Barakatuh,

Apa khabar semua?Sihat?InsyaAllah tim xxan-nasrxx akan berkongsi bahan-bahan tarbiah melalui blog yang comel ni :).Ana mewakili tim xxan-nasrxx hakikatnya agak keberatan untuk menulis artikel-artikel dan berkongsi bahan-bahan tentang tarbiah Islamiah.Sebab ape ? Cuba teke ? Tak dapat juga ye ? Sebab Islam walaupun merupakan ad-din yang haq tapi umatnya agak sensitif bila membicarakan tentangnya.Mudahkan bicara,ada saja yang naik angin,marah dan lain-lain bila kita cuba mengajak mereka tentang Islam.Kita maksudkan lain,dia pula faham lain.Mudah-mudahan kita tak seperti itu :).

Artikel-artikel di dalam blog ni berkemungkinan berbentuk santai dan juga kadang-kala fakta serta tegas bagi meraikan pelbagai latar belakang pembaca yang berbeza-beza.Setuju??? Diam tanda setuju la tu :).Jadi apa-apa saja teguran membina dan perkongsian bahan-bahan boleh disalurkan ke surauansar@yahoo.com.Sehingga di sini saja.Wassalam